Sunday, January 23, 2011

22 JAN 2011

22 JANUARI 2011 (SABTU)


PASAR  MALAM: PEKAN TANJUNG MALIM


Sepanjang hari mulalah melayan cerita Korea yang hanya dapat difahami dengan pembacaan sari kata bahasa Inggerisnya. memandangkan hujung minggu maka saya cuba merehatkan diri dan minda denga menonton drama bersiri korea ini. Tiba-tiba, mula terdetik di hati saya memikirkan kenapa bahasa Korea ini kedengaran seperti bahasa Mandarin juga kadang kalanya dari segi sebutan beberapa perkataan tetapi cuma nada dan bunyi sebutan itu kedengaran agar kasar sedikit mungkin disebabkan cara sebutan dan pembunyian yang dikeluarkan oleh pita suara yang berbeza.


Tiba-tiba, terimbas kembali notis di papn notis Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang menyatakan kursus bahasa asing Bahasa Korea tidak ditawarkan dan pelajar yang mendaftar kursus ini perlu menggugurkan kursus ini. Pasti ramai yang kecewa menerima berita ini. NAmun apa daya jika itu yang telah diputusakn oleh fakulti. JAdi bagi mere yang meminati bahasa Korea ini nampaknya harus mencari alternatif lain untuk mempelajari bahasa yang kian menjadi bahasa yang digemari dalam kalangan remaja masa kini kesan daripada pengaruh drama Korea yang sering kali menyentuh hati dan perasaan para penontonnya.






***P/S: Usaha tangga  kejayaan. Jika ada keinginan pasti akan berjaya jika usaha berterusan dan sesungguhnya pengaruh media ini tetapm kuat dalam mempengaruhi minat dalam kalangan masyarakat walaupun dari aspek bahasa sekalipun.

Saturday, January 22, 2011

21 JAN 2011









21 JANUARI 2011 (JUMAAT)

Seminar Prof.Dr.Awang Sariyan di Dewan Sri Tanjung, UPSI. 8.30am-12.30pm
Seminar ini membangkitkan Isu-Isu Sosiolinguistik. Sebagai AJK bahagian jualan buku bersama Mojahid, maka kami haruslah menjaga tutur kata serta perlakuan apabila berhadapan dengan para pensyarah yang turut menghadiri seminar atau syarahan ini. Sememanganya pengalaman yang baru bagi saya menjadi penjual buku dalam seminar tetapi bagi saya, saya amat menyukai tugas ini kerana berkesempatan meneliti setiap buku yang diamanahkan kepada kami untuk dijual dan dipamerkan. Sesungguhnya saya amat berpuas hati dengan hasil dan pengalaman yang saya perolehi.

Melalui syarahan yang diberikan oleh Prof.Awang Sariyan, saya dapat merasakan beliau sememangnya petah berbahasa malah syarahan yang sisampaikan seolah-olah mampu menarik menarik minat pendengar walaupun berjam-jam lamanya namun kebosanan itu tidaklah dirasai sepangjang sesi semianr ini dijalankan. Malah gelak tawa para pelajar dan pensyarah turut kedengaran dan sesungguh mencuit hati walaupun ini merupakan sesuatu yang ilmiah pada dasarnya,

Turut melahirkan rasa berterima kasih atas pemberian buku oleh Prof. Sesungguhnya saya amat menghargai peluang yang diberikan oleh Dr.Siti Saniah untuk menjadi AJK dalam seminar kali ini. Jutaan terima kasih Dr.

***P/S: Pertuturan bahasa baku bukanlah perkara yang mudah bila kita sudah terbiasa menuturkan bahasa berdasarkan persekitaran kita. Marilah kita sama-sama berusaha memperbaiki bahasa pertuturan harian kita.

19 JAN 2011

19 JANUARI 2011 (RABU)
Merupakan hari yang paling membuatkan saya gelisah dan bimbang sepanjang hari. Walaupun diri ini bercita-cita menjadi seorang cikgu yang baik serta mempunyai ciri-ciri kebitaraan, namun apabila berdepan dengan ”MICROTEACHING” tetap membuatkan saya dilanda rasa risau yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Bagi saya, sepanjang menghadapi perjalanan menuntut ilmu di UPSI, semengnya banyak yang saya pelajari dan ini merupakan peluang sekali lagi menimba pengalaman yang saya rasa boleh menjadi bekalan dalam perjalanan saya meniti gelaran seorang cikgu suatu haru nanti.

Saat yang ditakuti datang menjelma juga. Sampailah giliran untuk saya menyampaikan pengajaran kepada rakan sekuliah dengan saya. Berhadapan dengan pensyarah, para penilai yang dilantik dan rakan-rakan yang saya anggap memang hebat-hebat semuanya menambahkanlagi kegelisaha  di hati. Mulalah bisikan di hati, ” Ku pasti mampu melakukannnya. Hanya sekadar asas yang perlu dilalui untuk menjadi seorang cikgu. Pasti BOLEH!!!” Sempat lagi teringat dengan kata-kata ayah, ”Jika orang lain mampu melakukannya, kita juga mesti boleh..” Berbekalkan kata-kata semangat daripada ayah, akhirnya selesai juga pengajaran mikro pada petang itu walaupun tidak dapat dielakkan pasti ada kelemahan-kelemahan yang akan mendapat teguran. Namun teguran itulah yang akan terus menjadi tunjang kejayaan pada suatu hari nanti.

BUAT SEHABIS BAIK...!!!!

18 JAN 2011


18 JANUARI 2011 (SELASA)

Dimulakan dengan pagi yang ceria dan semangat yang kuat gara-gara hari ni hanya ada dua kelas sahaja. Pada awal kelas pertama hari ini, pensyarah mula memberikan amaran kepada pelajar yang suka datang lewat. Mulalah mendengar keluhan pelajar yang berbunyi sedemikian...  ” habislah lepas ni..tak leh lewat dah..”. Namun bagi diriku dan kawan-kawan ku hanya mampu tergelak kerana sejak bermulanya semester baru ini, bagi diri kami masing-masing sebenarnya semester ini kami merupakan pelajar yang datang awal setiap pagi. Maka, apabila pensyarah memberikan amaran dan inilah kata-kata kami, ”Nasib baik kita datang awal...heheheee....”. Begitulah karenah hidup sebagai pelajar. Semestinya ada yang bergembira walau dalam keluhan sekalipun.

***P/ S: Datanglah ke kelas seawal yang mungkin agar selamat dan tidak kelam kabut.
(Walaupun kadang kala bukanlah kehendak kita tetapi hanya yang mengalami akan mengetahui maka, redhalah...kawan-kawanku..)
                        

17 JANUARI 2011

17 JANUARI 2011 (ISNIN)

Permulaan kuliah di waktu pagi yang ama memenatkan. Keaadaan yang tidak akan pernah berubah. Bangun pagi, pergi kuliah, dan habiskan masa berkuliah. Sesungguhnya semester yang berat bagi saya. Dari pukul 7.15 pagi keluar rumah dan hanya balik ke rumah pada pukul 5 petang (selepas menolak masa berebut bas dan macam-macam lagi). tetapi bukan itu masalahnya, dan yang menjadi isunya setiap hari dan setiap pagi menanti bas untuk ke kuliah pasti perkara dan hal yang sama berlaku iaitu kekurangan bas. Mulalah ayat keluhan yang sama akan keluar dari mulut setiap pelajar yang penat dengan keadaan ini tidak kira bangsa, agama, usia, kursus, mahupun negeri. Ayatnya bebunyi begini:
                       
           
PELAJAR A: “tak de bas ke…awal pagi turun awal pon bas tak de...haizzz…mana la bas ni…” (situasi awal pagi)


PELAJAR B: “mana la bas ni…dah lewat ni...tak tahu orang nak ke kuliah ke? Tiap kali mcm ni…” (mula merungut dan berasa terkilan dengan perkhidmatan bas yang tidak pernah berubah.)


PELAJAR C: “ada bas…cepat!!” (mulalah berebut dan menolak anatara satu sama lain.)


Situasi sebeginilah yang tidak pernah berubah setiap kali di waktu kuliah. Diri sendiri mula membayangkan bagaimana hendak berubah jika perkara yang sama terjadi dari dahulu lagi tapi tidak pernah ada penyelesaiannya.




SEKILAS PANDANG tentang DIRIKU

Salam Pertemuan..

Buat rakan-rakan yang sudah mengenali mahupun yang baru sahaja ingin mengenali diri ini, dekat-dekatkanlah hati dan rapat-rapatkanlah hubungan agar perkenalan ini menjadi titik pertemuan yang bermakna dalam sejarah hidup kita bersama melalaui blog yang dibina khas sejak mengambil kursus SOSIOLINGUISTIK MELAYU yang turut menjadi pengalaman pertama saya berinteraksi menggunakan blog yang dicipta khas ini atas permintaan pensyarah bagi kursus ini yang turut menjadi sebahagian daripada tugasan yang harus dilaksanakan sepanjang tempoh menempuh kursus ini. Diharap blog ini akan mampu terus dipertingkatkan dan tidak hanya terbatas dek kerana kursus sahaja. Teruskan penerokaan tentang diri ini..

Saya merupakan gadis kacukan Cina-Kelabit berasal daripada Kuching,Sarawak.Merupakan anak kedua daripada emapt orang adik-beradik. Pasti ramai yang tidak mengatahui diri ini mempunyai darah kacukan bukan? Ini merupakan satu kebanggaan dalam diri saya dan saya amat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang begitu "luar biasa" saya anggap. Jika ditanya apa hasrat di hati? Maka jawabnya jika dalam usia 23 tahun ini, sememangnya mengejar cita-cita merupakan hasrat yang paling utama dan inilah yang menjadi matlamat nak perantau ini menimba ilmu di rantau orang. Berberkalkan hasrat dan dorongan daripada kedua ibu bapa yang sentiasa risau akan anak gadis yang berada jauh daripada keluarga, maka semangat perjuangan itu haruslah lebih kuat lagi. Moga segalanya dipermudahkan.

Aspek pendidkan, jika ditanya menagapa mengambil jurusan Pendidikan Bahasa Melayu sedangkan berbangsa Cina? Inilah jawabnya...sebenarnya tidak pernah terlintas bakal bergelar cikgu Bahasa Meayu. Namun, sepanjang sesi persekolahan lagi Bahasa Melayu seumpama telah menjadi subjek yang saya minati walaupun ramai kawan-kawan yang serumpun dengan saya mengganggapnya sebagai "killer subject". Mungkin inilah rezeki saya bergelar gadis kacukan yang juga memenag terbina asas ilmu pendidikan dari bangku sekolah lagi apabila zaman persekolahan saya sememangnya bermula dari Sekolah Kebangsaan lagi dan bukannya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina walaupun berbangsa Cina. Maka ini adalah satu bonus kepada saya. Sehubungan itu, saya amat berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sememanganya mendidik saya tanpa unsur diskriminasi terhadap bahasa dan itu jugalah bahasa yang dipraktikan di rumah iaitu penggunaan bahasa yang pelbagai dalam komunikasi harian dalam keluarga saya.


UMPAMA KATA-KATA  di  BAWAH:

Hindarilah diri dari menjadi berpuak-puak dan berpecah-pecah,
Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerjasama antara satu sama lain...



Seharusnya difahami dan diterima dengan terbuka tidak kira bangsa dan agama, bahasa kebangsaan harus dijunjung kerana bahasa pengikat kesatuan bangsa.

SEKIAN..