Showing posts with label MINGGU Ke-10. Show all posts
Showing posts with label MINGGU Ke-10. Show all posts

Friday, March 11, 2011

11 MAC 2011 (AHAD)

11 MAC 2011 (Jumaat)

Bahasa Pertentangan...

Di sini ingin saya katakan terlebih dahuklu bahawa bukanlah bermakna bahasa itu menjadi pertentangan anatara bahasa itu tetapi persoalan yang menjadi pertentangan itu ialah pertuturan manusia yang menjadikan bahasa itu seolah-olah hidup dan mampu memberikan pertikaian terhadap apa yang dituturkan noleh penuturnya. Situasi ini saya peroleh semasa saya menaiki bas dari kampus untuk balik ke kolej. Semasa duduka di dalam bas, terdapat dua orang mahasiswa Sabah ini sedang giat membicarakan tentang ayat yang digunakan oleh mereka dengan rakan mereka yang yang lain. Berikut merupakan dialog yang sempat saya dengar:

                        Pelajar A: Pagi tadi kawan aku tu kejutkan aku.

                        Pelajar B: Dah tu?

                        Pelajar A: Dah tu dia tanya sama aku, “Dah bangun ka ko ni?”. Dah tu
    aku  jawab la, “Dah bangun, Cuma belum buka mata ja.”
                       
Pelajar B: Tergelak...dengan ayat yang disamapaikan oleh rakannya
       itu.
           

Persoalannya bukanlah bahasa dialek Sabah yang itu, tetapi ayat yang mengatakan dia dah bangun tapi tak buka mata lagi. Sesungguhnya dia ini sengaja menimbulkan kekeliruan makna di situ dengan mewujudkan pertetntanga dalam penggunaan bahasa untuk mengelirukan rakan yang menbangunkannya itu dengan ingin mewujudkan unsur kecindan di situ. Inilah bolehlah dikatakan sebagai mainan bahasa.

11 MAC 2011 (JUMAAT)

11 MAC 2011 (JUMAAT)

Padanan Makna Bahasa Melayu...

Setelah melalui beberapa perkara dalam sehari ini, sampailah kepada situasi yang saya peroleh stelah saya membaca sekeping surat yang ditujukan khas buat pelajar yang berada dalam Semester 6 yang akan meneruskan penginapan di rumah sewa pada Semester 8 nanti daripada pihak pentadbiran berkenaan (tidak bertujuan menyalahkan piahak mana-mana, hanya sekadar ingin berkongsi maklumat). Menerusi surat yang diterima, saya teruskan sahaja kepada ayat yang menerik perhatian saya untuk dijadikan situasi saya dalam tugasan ini ialah ayat yang berikut:

“ ...Deposit akan kami burn sekiranya anda....”

Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan kata “burn” itu seolah-olah menunjukkan pihak pentadbiran tersebut tidap dapat mendapatkan padanan kata Bahasa Melayu yang bersesuaian dengan ayat. Misalnya, perkataan “bakar” secara istilah terjemahannya yang tidak sesuai atau menukarkan struktur ayat tersebut kepada ayat baru yang berbunyi seperti ini, “ deposit tidak akan dikembalikan...”. Persoalannya, mengapa harus diguankan juga ayat yang tidak sesuai dengan padanan makana perkataan dalam Bahasa Melayu jika surat itu saya anggap sebagai surat atas urusan rasmi.


***....Renungan bersama...Bahasa Jiwa Bangsa...***

11 MAC 2011 (JUMAAT)

PELBAGAI JENIS EMOSI YANG KADANG JALA SUKAR DIUNGKAP DENGAN KATA-KATA...
11 MAC 2011 (JUMAAT)

Komunikasi Memelihara Hubungan Baik...

Semasa dalam bas dalam perjalanan balik ke kolej dari kampus, saya sememangnya amat penat memikirkan segala masalah yang membelenggu  diri saya. Kadang kala seumpama hidup ini tidaklah bermakna kita berbuat akan dibalas baik juga namun sebagai insan yang telah dididik agar menjadi insan yang beradab dalamsegala tindak tanduk, maka pegangan itu tetap menjadi penduan hidup saya terutamanya nasihat daripada ibu bapa saya. Ibu bapa saya sememangnya amat mentingkan soal adan anak-anak terutamanya apabila berhadapan denga orang yang lebih tua. Namun, tidak dinafikan bahawa ada kalanya kita akan tersepit dalam situasi yang memaksa kita untuk menjaga rasa ego dalam diri. Dapat diperhatikan selama menuntut di sini, banyak perkara yang berlaku dan harus diselesaikan secara peribadi mahupun dengan kawan-kawan. Tetapi bagaimana pula apabila keadaan kawan-kawan sendiri menganggap diri bagai musuh? Pernah juga terlintas menagapa manusia harus realistik dalam setiap perkara? Minta maaf sebagai budaya bermaaf-maafa seolah-olah dianggap menagaku bersalah sehinggakan ada yang lebih sanggup bermusuhan tanpa berbicara. Adakah ini perlu sedangkan tempoh perkenalan tidaklah singkat dan bersama-sama menempuh kehidupan di tempat pengajian hanya berlaku dalam tempoh ini sahaja? Bagi saya, meluahkan kata-kata minta maaf dan berundur dari perbalahan tidak bermakna kita bersalah dan memprotes dengan bermusuhan bukanlah cara terbaik. Jika bahasa dibicara sehalus budi pekerti maka pasti akan terlerai ego yang tidak bereti.

10 MAC 2011 (Khamis)

10 MAC 2011 (Khamis)

Kecantikan Berbahasa itu Keterampilan Sosial...

Mengimbas kembali lagi kata-kata pensyarah yang saya hormati ini, hanya dalam satu kelas sahaja beliau mampu membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan dengan penggunaan bahasa ini. Menurut beliau, dalam setiap sudut pengajaran beliau pasti akan ada kekurangan pelajar yang sering ditegur. Misalnya, pada kali ini, beliau sempat mengaitkan topik Teori Keterampilan Sosial atau dalam Bahasa Inggerisnya iaitu The Social Beauty Theory yang beliau gunakan sebagai gambaran nasihat yang harus diketahui pelajar dalam berbahasa. Beliau mengatakan bahawa penampilan fizikal seseorang itu tidaklah begitu penting sekiranya adab berbicara itu tidak dipelihara dengan baik. Ini bermakna, sebagai insan yang ingin kelihatan indah dari dalam dan luar, secara dalaman dan luarannya budi bahasa itu haruslah dittitik beratkan sepenuhnya agar kita kelihatan seperti insan yang terdidik dengan akhlak yang tinggi bukan sahaja cantik dengan gaya penampilan lauran tetapi cantik ddan kaya dengan budi bahasanya. Misalnya, cerminan individu yang menggunakan Bahasa Melayu dengan tattabahasa yang betul dan tepat menunjukkan seseorang itu merupakan seorang yang berbudi bahasa dan berpendidikan tinggi. Oleh itu, rasa hormat akan timbul tanpa kita perlu memintanya.

10 MAC 2011 (Khamis)

10 MAC 2011 (Khamis)

Kemahiran Berkomunikasi...

Pada hari ini, merupakan hari pertama berlangsungannya pembentangan dalam kursus Karya Agung  setelah dua minggu kami doberi cuti untuk mengkaji karya-karya agung yang diminta oleh pensyarah kami untuk dikaji dan dulas secara berkumpulan. Pembentangan yang pertama dimulakan dengan kumpulan yang membentang tentang karya Sejarah Melayu atau dikenali sebagai Sullalatus Salatin.
Para pembentangan kelihatan agak gusar di gementar memandangakan pensyarah kami ini merupakan antara pensyarah yang amat mementingkan penggunaan Bahasa Melayu tinggi ini. Sesungguhnya, walaupun hanya menjadi pendengar dan pencatat sahaja sepanjang sesi pembentangan ini, pensyarah kami banyak menegur tentang penggunaan bahasa. Beliau sama sekali tidak membenarkan pelajar menggunakan perkataan seperti “Ok” dan harus kita sebut sebagai “Baik”. Pembacaan terhadap nama-nama pejuang juga amat ditikberatkan oleh beliau sehinggakan beliau  tegas membetulkan sebutan yang tidak betul yang diujarkan oleh pelajar misalnya nama Demand dan Sultan Mnsor Syah yang kerap kali berlaku kesalahn sebutan di situ. Amatlah penting bagi beliau untuk mengujarkan sesuatu dengan nada dan sebutan yang betul agar bahasa yang diujarkan itu menjadi bahasa yang bermakna dan berkesan di khalayak.

Sama-samalah Kita Memartabatkan Bahasa Melayu....