Showing posts with label MINGGU Ke-5. Show all posts
Showing posts with label MINGGU Ke-5. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

5 FEBRUARI 2011 (Sabtu)

5 FEBRUARI 2011 (Sabtu)

           Hujung minggu datang menjelma setelah penat berkuliah sepanjang minggu ini. Sesungguhnya, memikirkan kesibukan hidup berkuliah dan tugasan yang tidak diselesaikan lagi amat memenatkan dan memberi tekanan secara mental, fizikal dan emosi. Kadang kala, rungutan tanpa sebab akan terjadi apabila dirasakan hidupa penuh dengan aktiviti yang menuntut komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan semuanya.  Rungutan yang datang dari mulut seorang yang bergelar penuntut sering kali sama sahaja perkara yang menjadi sebutan dan rungutan. Contohnya,

            Pelajar A:  Kenapa asyik ada je kerja yang tak siap-siap ni? haiss...
            Pelajar B : Tak boleh ke tak ada tugasan?ishhh....
            Pelajar C : Macam mana lah nak buat semua ni? Tension...


Semua di atas merupakan kata-kata rungutan yang mungkin selalu diluahkan oleh seseorang individu yang bergelar pelajar mahupun penuntut. Semua yang disebut hanyalah ingin mengurang tekanan yang dirasai agar tidak terlampau tertekan. Bersama rungutan juga tugasan akan diselesaikan satu per satu supaya dapat memenuhi keperluan kursus.

4 FEBRUARI 2011 (Jumaat)

4 FEBRUARI 2011 (Jumaat)

            ” Bahasa Jiwa Bangsa ” itulah yang selalu disebut-sebut oleh masyarakat apabila ingin menyeru ke arah misi memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Namun, persoalan timbul iaitu sama ada msyarakat kita ini pernah secara rasional dan sepenuh hati mengamati makna sebenar di sebalik kata-kata tersebut  atu hnaya sekadar menjadi sebutan sahaja tetapi tidak difahami secara mendalam? Adakah usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini hanya dianggap penting oleh para pengkaji bahasa tetapi tidak kepada para penutur dalam kalangan masyarakat biasa ini? Sesungguhnya, jika masyarakat menyedari kepentingan bahasa kebangasaan ini, sudah pastinya masyarakat harus lebih cenderung mempraktikan penggunaan bahasa melayu baku secara meluas dalam kehidupan mereka.

            Walaupun kedengaran seolah-olah sukar dan agak mustahil untuk bertutur secara baku dalam bahasa melayu, namun sekurang-kurangnya masyarakat harus sedar dan cuba untuk memantapkan status penggunaan dalam kehidupan seharian. Jika dilihat secara umum, kita seda bahawa bahasa yang dipertuturkan dalam kehidupan seharian bukanlah bahasa baku walaupun kita katakan sebagai bahasa melayu namun ia tetap merupakan bahasa percampuran dialek yang kadang kala dianggap sebagai bahasa pasar. Oleh itu, kita harus menyedari memartabatkan Bahasa Melayu harus bermula daripada penggunaan yang betul tetapi ini tidak bermakna kita bertujuan untuk meminggirkan bahasa ibunda kita.





3 FEBRUARI 2011 (Khamis)

3 FEBRUARI 2011 (Khamis)

            Sekiranya bahasa itu dikatakan indah, mengapa orang sering kali menggunakan bahasa itu untuk menceritakan tentang keburukan seseorang itu walaupun secara terus-terang mahupun secara kiasan. Mungkin disebabkan bahasa yang dianggap indah ini dapat memberikan penggunaan bahasa yang terisrat dengan bahasa kiasan iaitu bahasa yang menggunakan kata-kata yang sedap didengar dan dapat diterima agar orang yang dikritik itu tidaklah menerima kritikan yang melampau sehingga menjatuhkan maruahnya.

            Penutur jati sesuatu bahasa juga dianggap cenderung untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dalam komunikasi mereka terutamanya apabila wujud rasa tidak puas hati terhadap individu yang tidak memahami bahasa penutur jati sesuatu bahasa tersebut. Mereka mungkin beranggapan bahawa ini lebih selamat walaupun kritikan mahupun apa yang kita katakan sebagai aktiviti mengumpat ini sering kali terjadi. Setiap kali atau setiap hari, pasti dapat diperhati aktiviti mrngumpat ini kan berlaku di mana-mana sahaja tidak kira dalam kalangan kaum apa sekalipun yang berbezanya hanya bahasa yang digunakan.

            Dari aspek menggunakan bahasa yang indah ini untuk mengumpat seringkali menggunakan kata-kata kiasan yang seperti memuji seseorang namun sebenarnya bertujuan untuk mengkritiknya. Jika dapat didalami oleh penerima kritikan itu maka berhasillah kritikan yang indah itu. Begitu juga dengan penggunaan bahasa yang sama dalam kalangan masyarakat setempat,  yang berbeza mungkin hanya kritikan itu dilakukan dengan membelakangkan orang yang dikritik yang kita kenali sebagai mengumpat.





2 FEBRUARI 2011 (Rabu)

2 FEBRUARI 2011 (Rabu)

Secara peribadinya, kadang kala timbul persoalan dalam diri bahawa mengapa bahasa yang tercipta ini dapat menimbulkan seribu satu pendanga  menganai penggunaan dan penelitian yang pelbagai oleh berbagai-bagai pihak. Walaupun sedar atau tidak, sebagai salah seorang ahli masyarakat majmuk ini, dapat dikatakan setiap hari tidak kira penutur jati ataupun bukan penutur jati sesuatu bahasa itu tetap akan menuturkan bahasa yang sama. Namun ini tidak bermakna merekla melupakan bahasa ibunda mereka sendiri.

Di sini, saya ingin menerengkan contohnya dengan mengambil diri saya untuk menjelaskan perkara ini. Sebagai seorang yang berbangsa Cina secara rasionalnya saya telah diterapkan dengan bahasa Cina (Hokkien) sejak kecil lagi. Namun setelah memasuki alam persekolahan, saya mendapati bahasa pertuturan dalam keluarga saya tidak lagi terikat dengan bahasa ibunda saya sahaja dalam komunikasi harian saya bersama ahli keluarga. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kedua dan ketiga yang digunakan dalam komunikasi harian kami sekeluarga. Masalah ini mungkin berpunca kadang kala atas faktor kebiasaan maka untuk menyampaikan sesuatu makana perkataan itu kadang kala menggunkan bahasa yang lain selain bahasa ibunda itu lebih ringkas,cepat, dan difahami.

Walau bagaimanapun, sehingga kini saya melanjutkan pelajaran ke universiti, Bahasa Melayu seolah-olah telah menjadi bahasa pengantar utama saya dalam menjalani rutin hidup saya. Peratusan menuturkan bahasa melayu lebih tinggi darripada peratusan saya menuturkan bahasa ibunda saya sendiri tetapi ini tidak sama sekali menjadikan saya melupakan bahasa ibunda saya juga.

1 FEBRUARI 2011 (Selasa)

1 FEBRUARI 2011 (Selasa)

            Komunikasi antara manusia sering kali dilihat berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Cara atau pendekatan komunikasi yang digunakan untuk menarik perhatian setiap individu dalam sesebuah masyarakat juga dilihat amat berbeza. Namun, sebagai salah seorang ahli masyarakat dilihat tidak dapat lari daripada mengikut rentak percakapan individu yang berbalas dengannya walaupun berbeza kaum dan agama terutamanya di Malaysia yang seterusnya menimbulkan pelbagai jenis bahasa pasar dengan slanga yang tertentu mengikut keesuian masyarakat penuturnya.

Jika diteliti secara mendalam, dapat dilihat seseorang individu itu cenderung menggunakan bahasa yang disesuaikan denga  keadaan persekitaran dan penutur yang berbalas dengannya. Contohnya:

Orang Melayu           : Tauke ini berapa harga?
Orang Cina                : Lima ringgit saja.
Orang Melayu           : Kurang sikit ma. Saya kasih untung sama lu..Lu kira                                                    murah sikit ma.

Ini merupakan salah satu penyesuaian slanga dan penggunaan kata ganti diri yang digunakan dalan urusan jual beli. Perkara sebegini sering kali wujud apabila seseorang itu ingin mewujudkan hasil komunikasi yang positif dengan orang yang berbalas dengannya. Walau bagaimanapun, jika bahasa itu difahami oleh masyarakat penuturnya maka seharunya tidak mendatangkan masalah tetapi harus diingatkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu baku harus dipraktikan juga dalam keadaan yang sesuai dan sepatutnya apabila ia digunakan.