Showing posts with label MINGGU Ke-7. Show all posts
Showing posts with label MINGGU Ke-7. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

27 FEBRUARI 2011 (AHAD)

27 FEBRUARI 2011 (AHAD)

Keburukan Bunyi Bahasa

teringat kembali kata-kata pensyarah Karya Agung kami  yang mengatakan bahawa kami mseharusnya tidak memberikan respon yang begitu mncerminkan keburukan. Seperti hari-hari biasa, kami seseungguhnya amat kagum dengan cara pengajaran yang disampaikan oleh beliau kerana beliau mampu menjadi suasan pembelajaran yang kadang kala kelihatan tegang menjadi begitu seronok  di mana walaupun ada ketegasan namun tetap ada unsur kemesraan yang bioleh diterima. Misalnya, yang menjadi persoalan kali ini ialah beliau menegur reaksi pelajar yang sering kali mengujarkan "HaaaHH!!" beliau mengatakan jika keadaan ini atau repon ini diberikan terutamnaya kepada golongan pelajar perempuan pasti akan memburukkan rupa dan perilakunya walaupun memiliki paras rupa dan fizikal yang cantik. walaupun teguran tersebut kelihatan tegas namun tetap tergelak di hati  kami kerana ungkapan seumpama itu dianggap seperti membuat lawak bagi orang yang kelihatan tegas dan serius seperti beliau. respon sebeginilah yang sering kali kami berikan apabila beliau memberikan tugasan. Namun demikian, teguran beliau seolah-olah membina kerana seakan-akan tidak kedengaran lagi pelajar yang mengujarkan kata-kata demikian.


Terima kasih atas teguran yang membina.

Sunday, March 6, 2011

26 FEBRUARI 2011 (Sabtu)

26 FEBRUARI 2011 (Sabtu)

Ragam dan gelagat…

Memadangkan hari ini saya berkesempatan untuk berkunjung ke pesta KAB dab juga pasar malam, dapat diperhatikan terdapat  banyak ragam dan gelagat manusia yang tiada terkata. Setiap orang seolah-olah ingin mencipta identiti diri melalui penggunaan bahasa mahupun corak pemakaian dan pembawaan diri sememangnya pelbagai dalam usaha menonjolkan diri yang berbeza. Misalnya dari aspek penggunaan bahasa, jika dilihat mereka yang kita kenali sebagai golongan yang agak ketinggakan dalam dunia pendidikan, mereka ini gemar menggunakan bahasa yang kedengaram agak rendah tahapnya dengan dicampuradukan dengan penggunaan Bahasa Inggeris seperti dalam ayat ini:

-          Bolehlah bro..cam ne?
-          Leh ke u datang sekarang?i tengah tunggu ni..
-          Lu apa hal beb...lu pikir lu je ada standard kah?

Ayat seperti ini selalu digunakan oleh mereka seolah-olah memberikan kekautan dan keyakinan dalam diri mereka untuk berhadapan dengan khalayak tetapi apabila didengar oleh pengguna bahasa baku ia seolah-olah perosak bahasa dengan penggunaan percampuran bahasa yang menjadikannya sebagai bahasa rojak.

24 FEBRUARI 2011 (Khamis)

24 FEBRUARI 2011 (Khamis)

“JANGAN BERSIKAP SEPERTI ORANG BERPOLITIK…”

 Malam ini, tiba-tiba sahaja saya teringat kembali akan peristiwa semasa menjalankan perjumpaan bersama penyelaras Praktikum serta Penyelaras Kertas Projek dan Ketua Jabatan Fakulti Bahasa dan komunikasi. Sesi dimulakan dengan penerangan daripada penyelaras dan diikuti dengan sesi soal jawab bersama-sama ketiga-tiga jemputan. Apabila masuk ke sesi soal jawab, pelajar mula membuat bising dan bertanya denga  nada yang agak keras kedengaran sehinggalkan diminta oleh Ketua Jabatan agar bersikap lebih rasional dan jangan bersikap seperti orang berpolitik terutamanya pelajar Bahasa Melayu ini. Harus disedari bahawa “Bahasa Itu Cerminan Bangsa”. Sesungguhnya, dapat diperhatikan manusioa sering kali hilang akal logiknya apbila dilanda masalah dan yang bermain di akal fikiran mereka hanyalah persoalan mengapa ini dan mengapa it dan sering kali berbaur rasa tidak adil dalam persoalan mereka itu. Sehinggakan tidak menyedari bahasa yang digunakan turut hilang kesantunan berbahasanya di khalayak. Maka, disarankan agar kita sam-sam menyelesaikan masalah dengan cara berdemokrasi dan bukanlah berpolitik semata-mata.


23 FEBRUARI 2011 (Rabu)

23 FEBRUARI 2011 (Rabu)

Dialek…

Bermula dengan kelas semantik yang disusuli dengan begitu banyak pembentangan yang kadang kala menjadikan kami begitu penat dan sukar untuk menerima pembentanga yang banyak. Pembentangan-pembentangan sebelum ini banyak bermain dengan makna. Kali ini, pensyarah membawa kami bermain dengan bahasa dialek daripada negeri-negeri tertentu dengan memberikan contohnya sendiri iaitu perkataan tenggek nasi yang digunakan oleh orang Perak. Meneurut beliau, beliau agak tidak selesa menerima bahas tersebut maka dia meminta isterinya untuk menukar penggunaan tenggek nasi kepada masak nasi. Dapat kita kita teliti di sini bahawa kadangkala bahasa daerah ini sememangnya mendatngkan pelbagai pendapat yang berbeza terutamanya dari segi kesantunan bahasa tersebut. Oleh itu, ada wjarannya jika kita diseur untuk memartabatkan Bahasa Melayu tinggi atau baku ini agar tidak berlaku masalah-masalah dalam penggunaan bahasa ini secara menyeluruh.

22 FEBRUARI 2011 (SELASA)

SAYA SAYANG KELUARGA SAYA...
Hari ini merupakan tarikh kebahagiaan mama saya yang tercinta..maka ingin saya tujukan sajak ini kepada dia hasil daripada penulisan untuk menyiapkan kerja kursus bagi subjek minor sastera yang saya ambil..moga berbahagia selalu dan sihat selalu...




MAMA..

Suasana malam bertemankan bintang
Ingatanku melayang merindui mama yang kejauhan
Begitu jelas senyuman yang terukir di wajahmu..mama...
Aku amat merindui segenap perkara tentang mu...
Inginku segera berada dalam dakapanmu..
Walau sekadar dakapan bayangan..
Aku bersyukur ku punya peluang ini...

Mama..
Tanggal 22 Februari menjelma kembali...
Hatiku terpaut kenangan mesra bersama mu setiap detik yang berlalu.
Ingin ku mohon sekuat kudratku berada dekat denganmu...
Hari ini mencatat sejarah hidupmu sekali lagi...
Amat ku harap kau bahagia menyambut tarikh keramat ini...
Walaupun diriku tiada mampu berada di sisi mu...
Doaku sentiasa bersamamu...
Setiap langkahku sentiasa terpahat dirimu dalam sanubariku...

Mama...
Moga hidupmu dipermudahkan oleh-Nya...
Nantikan saat bila kita berdakap kembali...
Kan ku balas segala yang kau berikan...
Mama...aku amat menyayangimu.


TANJONG MALIM
21 FEB 2011


Sayang sangat..!!!!