Showing posts with label MINGGU Ke-8. Show all posts
Showing posts with label MINGGU Ke-8. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

6 MAC 2011 (Ahad)

6 MAC 2011 (Ahad)

BACAAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)…

            Tidak dapat dinafikan dalam era globalisasi dan serba moden ini, teknologi yang canggih seumpama sudah sebati dalam hidup kita di dunia serba canggih ini. Begitu juga dengan penggunaan telefon bimbit yang telah menjadi perkara biasa dalam masyarakat umum kini tidak kira daripada lapisan masyarakat atasan mahupan bawahan. Penggunaan telefon bimbit telah dianggap sebagai salah satu keperluan dalam hidup masing-masing. Namun di sini, tujuan saya mengutarakan perkara ini adalah sebenarnya penyampaian makna melalui khidmat pesanan ringkas ini yang kita kenalai sebagai SMS ini sering kali mendatangkan pelbagai masalah.

            Masalah yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan dengan nada bacaan dalam SMS yang kita hantar. Berkemungkinan besar banyak salah faham yang akan timbul sekiranya nada bacaan SMS yang kita tujukan itu tidak difahami oleh penerima SMS kita. Contohnya, penggunaan huruf besar dalam SMS sering kali dikaitkan dengan perasaan seseorang yang tengah marah atau beremosi dalam perbincangan dengan menggunakan SMS dan begitu juga dengan penggunaan panggilan dan tanda seru. Itu mungkin mudah difahami, namun kadang kala akan timbul juga masalah seperti ,mesej yang biasa dihantar tetapi membangkitkan kemarahan si penerima. Kenapa ini berlaku? Adakah sebelm ini si penerima memang telah melakukan kesalahan membelakangkan di penghantar SMS sehinggan wujud sensitivity yang terlampau? Contohnya,

            Penghantar   : Tidak perlu tunggu, pergilah dulu.
            Penerima       : Awak ni apa kes tiba-tiba je suruh pergi la..apa lah!

Ini merupakan salah satu bentuk mesej yang sebenarnya bertujuan baik tetapi disalah tafsir oleh penerima yang tengah beremosi sehingga beranggapan penghantar mesej itu ingin menjauhkan diri daripadanya.

*** Berbicaralah selembut lidah... ***



4 MAC 2011 (Jumaat)


4 MAC 2011 (Jumaat)

Kemesraan Bahasa...

            Memandangkan esok merupakan tarikh pelaksanaan Program Diskusi Ilmiah yang dipertanggungjawabkan kepada saya dan rakan-rakan, maka melalui perjumpaan yang diadakan semalam saya ditugaskan untuk berkunjung ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mendapatkan buku-buku sumbangan yang diberikan oleh DBP bagi menjayakan program yang kami jalankan ini. Dalam perjalanan ke DBP, saya berkesempatan untuk singgah sebentar di kedai untu sarapan pagi. Semasa menikmati sarapan pagi, saya mengambil kesempatan untuk memerhati persekitaran saya. Secara tidak langsung, saya terlihat seorang pekedai sedang rancak berbual dengan seorang pak cik yang membeli dari kedainya. Rupa-rupanya pak cik itu seorang pemandu lori. Saya tertanya-tanya mengapa pemandu itu begitu mera berbual dan mereka boleh berbual dengan begitu rancak sedagkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain pun. Apakah mungkin jalinan kemesraan sesama manusia itu sememangnya erat hanya melalui penggunaan bahasa yang sama yang menyatukan mereka? Mungkin ada benarnya jika dikatakan bahasa lambang penyatuan masyarakat Malaysia.













3 MAC 2011 (Khamis)

3 MAC 2011 (Khamis)

Kebiasaan Berbahasa dan khalayaknya...

Berhadapan dengan kelas pengajaran makro yang agak menguji kekuatan mental saya untuk mengahadapi semuanya secara yakin dan berani. Namun demikian, sesungguhnya inilah proses yang harus dilalui dalam usaha untuk menjayakan pengajian saya untuk bergelar seorang guru. Tibalah saatnya untuk melaksanakan pengajaran makro di dalam kelas yang meminta saya harus dan wajib menganggap kawan-kawan sebagai anak murid saya. Dari awal sampailah akhir sesi pengajaran maka saya perlu menganggap diri sebagai guru di hadapan mereka.

Semasa pengajaran, saya seolah-olah telah terbiasa dengan menggunakan bahasa komunikasi seharian dengan kawan-kawan dalam pengajaran makro yang dijalankan. Walaupun saya mampu mengubah status daripada pelajar kepada guru dan kawan-kawan-kawan kepada murid-murid tetapi saya masih lagi dianggap gagal untuk menguasai sepenuhnya. Ini disebaabkan apabila melihat wajah kawan-kawan seakan-akan wujud perasaan persahabatan itu amak bermulalah episod penggunaan bahasa campuran dalam pengajaran makro. Namun tetap bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih atas kerjasama anda semua.





2 MAC 2011 (Rabu)

2 MAC 2011 (Rabu)

Kesantunan bahasa...

Selasainya menyiapkan bahan-bahan pengajaran makro, maka tibalah saatnya untuk menikmati makan malam yang tidak berkesempatan untuk dinikmati sejak habis kuliah petang tadi. Berkunjunglah kami ke sebuah gerai, datanglah mak cik membwa  menu kedai makan tersebut dan dengan sopannya mak cik bertanya, ”Dik, nak makan apa dik? Minum?”

Di sini, bukanlah hendak mengutarakan apa yang saya hendak makan, tetapi ingin saya jelaskan bahawa kadang kala dapat dirasakan bahasa dan layanan oleh orang-orang yang bekerja sebagai pelayan ini lebih baik daripada pemilik kedai tersebut. Kesopanan yang ditunjukkan oleh mereka serta kesabaran dalam melayan karenah setiap pelanggan setiap hari juga amat luar biasa dan harus kita puji walaupun kadang kala kita mungkin berhadapan dengan pelayan yang memang dianggap malas tetapi kita tidak boleh menolak kebenaran bahawa masih ada yang bersungguh-sungguh untuk melayan pelanggan dengan sopan dan sabar.





1 MAC 2011 (Selasa)

1 MAC 2011 (Selasa)

Bahasa dan Masa

            Malam hari Selasa, bermulalah lagi perjumpaan bersama rakan-rakan yang bersama-sama bertanggungjawab untuk melaksanakan Program Diskusi Ilmiah yang dijadualkan pada 5 MAC 2011 di Auditorium Utama, UPSI. Seperti biasa, menanti kedatangan rakan-rakan seperjuangan yang lain di tempat perjumpaan kemudian memulakan sesi perjumpaan dengan usul masing-masing bagi sama-sama berganding bahu untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa proses persiapan majlis dijalankan.

            Sepanjang perjumpaan berlangsung, dapat dirasakan semua seolah-olah mengejar masa untuk ke tempat perjumpaan seterusnya. Tetapi bernasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Apabila dalam keadaan mengejar masa, ramai rakan ya ng seperti cube menggunakan ayat yang ringkas, padat dan bermakna. Di sini dapat dikatakan perselitaran sememangnya mempengaruhi tabiat pertuturan masyarakatnya. Contohnya, hanya jawapan  ”Ya” atau ”Tidak” apabila diajukan soalan.