Showing posts with label MINGGU Ke-9. Show all posts
Showing posts with label MINGGU Ke-9. Show all posts

Friday, March 11, 2011

10 MAC 2011 (Khamis)

10 MAC 2011 (Khamis)

Percanggahan Situasi Berbahasa

Saya telah diminta oleh pensyarah untuk menyediakan senarai nama peserta bagi mengikuti pertandingan yang dianjurkan khas bagi pelajar yang mengambil kursus berkaitan dengan pengajaran makro ini. Berikutan hal ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan senarai nama peserta berkenaan dan diminta untuk menghantar senarai berkenaan menerusi e-mel yang diberikan oleh pensyarah saya kepada pihak berkenaan. Maka, saya pun melaksanakan tugas saya itu sebaik sahaja balik daripada kelas pengajaran macro pada sebelah petang tadi. Apabila menghantar e-mel tersebut, saya cuba menggunakan bahasa yang sopan dan Bahasa Melayu tinggi supaya menunujukkan rasa hormat kepada individu yang saya berurusan dan ini saya anggap sebagai urusan rasmi juga jadi tidak ada sebabnya saya memperlekehkan penggunaan bahasa tersebut. Sempat di hujung ayat saya memohon maaf kepada pihak penerima sekiranya berlaku kesilapan dalam boring penyertaan yang dihantar. Kemudian, saya agak berterima kasih kerana pihak penerima membalas e-mel saya. Namun dapat saya perhatikan penggunaan bahasanya bukanlah bahasa baku yang disarankan. Pihak penerima membalas e-mel saya dengan ayat berikut:

            “ Berikan no.hp awk..nanti saya call beritahu ape masalahnya…”

Berikutan hal ini, saya merasakan penerima surat ini agak mesra orangnya dengan penggunaan bahasanya yang lebih kepada bahasa biasa yang kita gunakan. Namun jika diteliti dari aspek urusan rasmi, bahasa yang digunakan seolah-olah tidak sesuai dan tidak menunujukkan kredibiliti sebagai seorang yang berstatus pekerja di dalam universiti kita ini.

Bahasa Cerminan Bangsa…

7 MAC 2011 (ISNIN)

7 MAC 2011 (ISNIN)


KEMESRAAN BAHASA RADIO...


Seawal jam 7.20 pagi pada hari Isnin, saya dan rakan-rakan saya telah mengambil bas untuk menghadiri kuliah di Proton City. Sesungguhnya memulakan kuliah selepas berehat di hujung minggu tetap membuatkan kami berasa keletihan yang mungkin disebabkan rasa malas untuk menghadiri kuliah terutamanya pada hari Isnin ini. Masalah ini ditambah lagi dengan keadaan kuliah yang tidak selesa disebabkan kerosakan penghawa dingin yang menjadikan kelas ini berada dalam keadaan yang agak panas dan ini sememangnya mengganggu tumpuan kami di dalam kelas. Berikutan hal ini, kami berasa amat tidak selesa dengan keadaan ini yang telah berlangsung untuk beberapa minggu. Walaup bagaimanapun, kami tetap meneruskan perjalanan ini walau terdapat rasa keletihan itu. Sehubungan dengan itu, semasa menaiki bas dalam perjalanan ke Proton City, sempat saya mendengar rancangan radio yang dipasang oleh pemandu bas. Melalui rancangann tersebut, pengacara radio telah menggunakan ayat berikut:

                                    ” Kite bako je...kite bako je...”

Ini merupakan ayat yang digunakan dalam filem Hantu Kak Limah balik Rumah.  Namun pendekatan ini digunakan oleh pengacara radio untuk membalas jawapan pendengar yang berbual dengannya di talian untuk menunujukkan unsur gurauan dan kemesraan memandangkan ayat dalam filem ini sememangnya sedang hangat digunakan dalam kalangan masyarakat dalam pertuturan seharian.


Thursday, March 10, 2011

9 MAC 2011 (RABU)

9 MAC 2011 (Rabu)

Kecelaruan Penggunaan Bahasa…

Berbalik kepada kewajaran penggunaan bahasa ini tidak kira secara lisan atau tulisan ini, banyak berlaku percanggahan hukum penggunaan struktur tatabahasanya walaupun dalam penggunaan bahasa rojak sekalipun perkara ini tetap menunjukkan kekeliruan makna dalam bahasa yang digunakan. Tidak kira kita sedar atau tidak, penggunaan perkataan yang menjadi kebiasaan kepada kita ini banyak mempengaruhi kebiasaan pertuturan kita sehingga kepada penucapan lisan dan tulisan kita dalam keadaan sedar atau pun tidak. Misalnya, perkataan atau penggunaan bahasa yang berikut;

-          Try..cuba
-          Suka main game…
-          Nak guna internet..online…

Berpandukan contoh di aatas, merupakan persoalan yang timbul dalam diri saya apabila salah seorang pensyarah mengingatkan pelajar supaya tidak mnggunakan ayat “main game…” tersebut. Ayat-ayat ini sebenarnya merupakan antara keadaan yang menunujukkan perulangan makan perkataan yang sama dan bezanya hanya dalam bahasa yang digunakan. Persoalannya, mengapa perkara ini berlaku sedangkan dalam keadaan sedar dan skemata yang ada dalam diri kita, kita sedar bahawa perkataan tersebut mempunyai makna yang sama tetapi kita tetap gagal dalam mengawal penggunaan kata-kata tersebut agar tidak digunakan atau dituturkan secara serentak. Adakah mungkin kebiasaan berbahasa itu suatu hari nanti akan membentuk strukrut bahasa yang baru agar lebih mudah lagi dipraktikan oleh masyarakat? Walau bagaimanapun, matlamat memartabatkan Bahasa Melayu itu sendiri haruslah sentiasa menjadi pegangan yang utama.

Wednesday, March 9, 2011

8 MAC 2011 (SELASA)

8 MAC 2011 (SELASA)

“ BUAT JAHAT JANGAN SEKALI…”

Teringat kembali sewaktu dalam kelas pengajaran makro yang dijalankan setiap hari Rabu dan Khamis ini, pensyarah kami sempat memberikan ulasan berkenaan dengan ayat berikut:

             ” buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...”

Menurut pensyarah kami, beliau sememangnya merupakan seorang yang amat teliti dan dedikasi dalam menjalankan tugasnya. Oleh itu, dalam hal ini saya sememangnya amat menghormati kredibiliti beliau dan semangat beliau dalam menyampaikan ilmu kepada kami. Berdasarkan penerangan beliau yang penuh kesabaran dan setia melayan karenah kami yang kadang kala saya anggap memang melampaui batas sehinggakan menjadi tabiat yang sering menguji kesabaran beliau. Namun beliau tetap tegar menasihati kami dalam tugasan kami yang wajib dilaksanakan.

Berkenaan dengan persoalan tugasan, beliau pernah menegyr mengenai ayat di atas ini. Menurut beliau, penyampaian makan sesuatu ayat haruslah difahami sepenuhnya oleh pelajar dan tidak menimbulkan keraguan. Misalnya dalam ayat di atas, ”buat jahat jangan sekali ”. Ini mungkin menimbulkan keraguan atau penyampaian makna yang tidak tepat dalam penggunaan perkataan ”sekali”, yang mungkin menyebabkan pelajar membuat kesimpulan yang salah iaitu ”buat jahat jangan sekali” tetapi boleh dibuat ”berkali-kali”. Maka seharunya ayat ini berbunyi ”buat jahat jangan sesekali” agar pelajar faham bahawa buat jahat tidak boleh dicuba walau sekali pun.

7 MAC 2011 ( ISNIN)

7 MAC 2011 ( ISNIN)

 

KEBIASAAN BERBAHASA…

 

Berikut merupakan hasil nikilan daripada adik Bongsu saya yang bernam KON LEE LIAN yang kini berumur 14 tahun yang bersekolah di Tingkatan 2. Sesungguhnya, walaupun penulisan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, namun ingin saya kongsikan bahawa adik saya ini sememangnya cenderung menggunakan Bahasa Inggeris dalam penulisan hariannya. Seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya dan juga keluarga kami iaitu menggunakan Bahasa Inggeris sekiranya ingin menyampaikan secara bertulis (walaupun  kadang kala bercampur juga dengan Bahasa Melayu) kerana kami adik beradik bukanlah berasal dari Sekolah Jenois Kebangsaan Cina, maka kami sekeluarga menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa bertulis seperti dalam komen Facebook dan juga dalam penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS). Ini ditamvbah lagi dengan situasi adik saya yang juga merupakan pelajar di bawah pelaksanaan PPSMI yang menjadikan adik saya lebih cenderung untuk menggunakan Bahasa Inggeris ini.

 

Mari kita sama-sama menghayati hasil nukilan daripada seorang anak gadis terhadap ibu kami…

 

My comprehension for my mum ^^ (The person who I admire most)

by Caryn Lee Lian on Thursday, March 3, 2011 at 8:38pm

      The person I admire most is my mother. She was born on 22 February it is her birthday today. She has just reached 46 years old.
       My mother's hair is curly and short. She not so tall as me. She looks cute when she laugh. She likes to smile, that makes her look friendly and young like a young girl. Sometimes they think my mother is my elder sister. Her face is round like a ball. Her eyes are big, round and pretty. She has a fairer complexion than me.
       My mother is a hardworking lady. She always wakes at 5:00 a.m. everyday. She always prepares our meals in time everyday. She does all the household chores. She is also a caring person. When I'm sick, she stays all night to take care of me. She will cook something that I can eat when I'm sick. She is also a creative lady. She always helps me with my projects. She has a lot of ideas in her mind and always gives me some ideas when I am doing my project. She also helps me in my homework.
       My mother's hobbies are gardening, cooking and reading. During her free time, she will plant some plants around the house. She also likes trying out new recipes and letting us try them. When she bored, she will read newspapers and magazines.
       I admire my mother because she will spends time with me and my family although she is a busy lady. She always teaches me lot of moral values. That's why I love her so much and glad she is my mother.”


Sebagai makluman kepada semua, karya ini sememangnya amat bermakna bagi diri saya dan turut menjadi kebanggaan saya atas keberanian adik saya dan kesungguhannya menghasilkan karya ini dari hati yang tulus ikhlas buat ibu kami yang tercinta.