Saturday, March 5, 2011

3 FEBRUARI 2011 (Khamis)

3 FEBRUARI 2011 (Khamis)

            Sekiranya bahasa itu dikatakan indah, mengapa orang sering kali menggunakan bahasa itu untuk menceritakan tentang keburukan seseorang itu walaupun secara terus-terang mahupun secara kiasan. Mungkin disebabkan bahasa yang dianggap indah ini dapat memberikan penggunaan bahasa yang terisrat dengan bahasa kiasan iaitu bahasa yang menggunakan kata-kata yang sedap didengar dan dapat diterima agar orang yang dikritik itu tidaklah menerima kritikan yang melampau sehingga menjatuhkan maruahnya.

            Penutur jati sesuatu bahasa juga dianggap cenderung untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dalam komunikasi mereka terutamanya apabila wujud rasa tidak puas hati terhadap individu yang tidak memahami bahasa penutur jati sesuatu bahasa tersebut. Mereka mungkin beranggapan bahawa ini lebih selamat walaupun kritikan mahupun apa yang kita katakan sebagai aktiviti mengumpat ini sering kali terjadi. Setiap kali atau setiap hari, pasti dapat diperhati aktiviti mrngumpat ini kan berlaku di mana-mana sahaja tidak kira dalam kalangan kaum apa sekalipun yang berbezanya hanya bahasa yang digunakan.

            Dari aspek menggunakan bahasa yang indah ini untuk mengumpat seringkali menggunakan kata-kata kiasan yang seperti memuji seseorang namun sebenarnya bertujuan untuk mengkritiknya. Jika dapat didalami oleh penerima kritikan itu maka berhasillah kritikan yang indah itu. Begitu juga dengan penggunaan bahasa yang sama dalam kalangan masyarakat setempat,  yang berbeza mungkin hanya kritikan itu dilakukan dengan membelakangkan orang yang dikritik yang kita kenali sebagai mengumpat.





2 FEBRUARI 2011 (Rabu)

2 FEBRUARI 2011 (Rabu)

Secara peribadinya, kadang kala timbul persoalan dalam diri bahawa mengapa bahasa yang tercipta ini dapat menimbulkan seribu satu pendanga  menganai penggunaan dan penelitian yang pelbagai oleh berbagai-bagai pihak. Walaupun sedar atau tidak, sebagai salah seorang ahli masyarakat majmuk ini, dapat dikatakan setiap hari tidak kira penutur jati ataupun bukan penutur jati sesuatu bahasa itu tetap akan menuturkan bahasa yang sama. Namun ini tidak bermakna merekla melupakan bahasa ibunda mereka sendiri.

Di sini, saya ingin menerengkan contohnya dengan mengambil diri saya untuk menjelaskan perkara ini. Sebagai seorang yang berbangsa Cina secara rasionalnya saya telah diterapkan dengan bahasa Cina (Hokkien) sejak kecil lagi. Namun setelah memasuki alam persekolahan, saya mendapati bahasa pertuturan dalam keluarga saya tidak lagi terikat dengan bahasa ibunda saya sahaja dalam komunikasi harian saya bersama ahli keluarga. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kedua dan ketiga yang digunakan dalam komunikasi harian kami sekeluarga. Masalah ini mungkin berpunca kadang kala atas faktor kebiasaan maka untuk menyampaikan sesuatu makana perkataan itu kadang kala menggunkan bahasa yang lain selain bahasa ibunda itu lebih ringkas,cepat, dan difahami.

Walau bagaimanapun, sehingga kini saya melanjutkan pelajaran ke universiti, Bahasa Melayu seolah-olah telah menjadi bahasa pengantar utama saya dalam menjalani rutin hidup saya. Peratusan menuturkan bahasa melayu lebih tinggi darripada peratusan saya menuturkan bahasa ibunda saya sendiri tetapi ini tidak sama sekali menjadikan saya melupakan bahasa ibunda saya juga.

1 FEBRUARI 2011 (Selasa)

1 FEBRUARI 2011 (Selasa)

            Komunikasi antara manusia sering kali dilihat berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Cara atau pendekatan komunikasi yang digunakan untuk menarik perhatian setiap individu dalam sesebuah masyarakat juga dilihat amat berbeza. Namun, sebagai salah seorang ahli masyarakat dilihat tidak dapat lari daripada mengikut rentak percakapan individu yang berbalas dengannya walaupun berbeza kaum dan agama terutamanya di Malaysia yang seterusnya menimbulkan pelbagai jenis bahasa pasar dengan slanga yang tertentu mengikut keesuian masyarakat penuturnya.

Jika diteliti secara mendalam, dapat dilihat seseorang individu itu cenderung menggunakan bahasa yang disesuaikan denga  keadaan persekitaran dan penutur yang berbalas dengannya. Contohnya:

Orang Melayu           : Tauke ini berapa harga?
Orang Cina                : Lima ringgit saja.
Orang Melayu           : Kurang sikit ma. Saya kasih untung sama lu..Lu kira                                                    murah sikit ma.

Ini merupakan salah satu penyesuaian slanga dan penggunaan kata ganti diri yang digunakan dalan urusan jual beli. Perkara sebegini sering kali wujud apabila seseorang itu ingin mewujudkan hasil komunikasi yang positif dengan orang yang berbalas dengannya. Walau bagaimanapun, jika bahasa itu difahami oleh masyarakat penuturnya maka seharunya tidak mendatangkan masalah tetapi harus diingatkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu baku harus dipraktikan juga dalam keadaan yang sesuai dan sepatutnya apabila ia digunakan.


Sunday, February 27, 2011

30 Januari 2011 (Sabtu)

30 Januari 2011 (Sabtu)

Sabtu kembali menjelma iaitu saatnya tiba untuk berkunjung ke pasar malam. Lazimnya, saya dan kawan-kawan akan bergerak ke pasar malam Tanjong Malim ini di sebelah petang kira-kira pukul 5.30 petang memandangkan cuaca akan lebih redup sedikit berbanding pukul 3.00 petang. Semasa menunggu bas, mulalah karenah para pelajar dan rakan seuniversiti saya ni merungut tentang pak cik bas yang adanya kadang kala saya anggap pendiam namun menggunakan bahasa badan atau bahasa tubuh menunjukkan bahawa pak cik itu dalam keadaan yang tidak selesa sekaligus mendatangkan rasa tidak sedap hati dalam diri para pelajar yang menggunakan bas tersebut.

Misalnya, pak cik itu tidak akan marah tetapi bila tidak berpuas hati mukanya akan senyap tanpa senyuman pun diberikan. Kadangkala berlaku keadaan di mana pak cik menggerakkan bas tanpa mempedulikan pelajar tersebut telah mengambil tempat duduk atau pun ruang berdiri yang selesa dalam bas. Maka, bagi saya seharusnya pak cik itu lebih mesra denga pelajar. Walaupun tidak suka berbicara, namun dia juga boleh menggunakan bahasa badan atau isyarat yang lebih sopan misalnya dengan memberikan senyuman. Bak kata orang, senyuman itu kan sedekah. Jadi diharap pak cik akan lebih mesra pada masa akan datang.

28 Januari 2010 (Khamis)

28 Januari 2010 (Khamis)

Dimulakan kehidupan seperti biasa bergelar mahasiswa dan mahsisiwi ini. Pagi-pagi bersiap pergi ke kuliah. Menaiki bas yang paling awal menuju ke Proton City  seperti biasanya pada hari Isnin hingga Khamis semua kelas di Proton City  dan bermula seawal pukul pagi. Sesungguhnya rasa mengantuk itu tetap ada. Namun demi tanggungjawab yang harus ditunaikan, maka terpaksalah menguatkan semangat untuk menghadapi kuliah sehingga selesainya kuliah pada pukul 5petang nanti.

Kisahnya bermula apabila kami menanti bas ke Taman Bernam daripada Pronton City. Kami semua seperti dalam keadaan yang amat panas dengan cuaca dan juga panas hati dengan keadaan kekurangan bas yang sering kali kami alami dan keadaan ini seolah-olah tidak pernah mendapat pertimbangan daripada pihak-pihak berkenaan. Sampailah ke astu tahap, pemandu bas yang kami mohon kebaikan serta meratu agar menghantar kami ke Taman Bernam pun tidak menjaga tutur katanya.

Pelajar :  tolongla bang...kami dah lewat ni...hantar lah kami...
Pemandu Bas : Ada aku kisah korang lambat ke tak?

Itulah sikap pemandu bas kini. Sampaikan tahap betutur dengan cara yang tidak bersopan dengan pelajar. Malah sanggup melengahkan masa untu pergi makan dan sebagainya tanpa mengabaikan kepentingan kami sebagai pelajar yang harus mematuhi masa kuliah yang telah ditetapkan.

P/S: Buat semua pihak yang dihormati, jagalah tutur kata kerana itu cerminan peribadi kita apatah lagi kita semua bergelar  ”Warga UPSI”.


27 Januari 2011 (Rabu)

27 Januari 2011 (Rabu)

Pada hari ini, seperti hari-hari biasa pastinya sibuk dengan jadual kelas yang agak padat untuk dihadiri dari pagi sampailah ke petang. Apabila sampainya masa untuk menghadiri kelas di sebelah petang, saya dan kawan-kawan telah sampai awal ke kelas tersebut. Maka, kami pun membantu untuk menyusun meja dan kerusi dalam bilik kulia berkenaan memandangkan sesi pengajaran mikro akan diteruskan dalam kelas pada petang itu. Oleh itu, kami pun mengambil inisiatih untuk menyiapkan kelas tersebut agar proses pengajaran mikro nanti dapat dilaksanakan mengikut masa yang telah dijadualkan oleh pensyarah memandangkan salah seorang rakan sekelas akan berangkat pulang ke Kuching untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Kelas dinulakan sebaik sahaja pensyarah sampai memandangkan rakan kami itu mengejar masa untuk ke lapangan terbang. Maka, bermulalah sesi pengajaran mikro yang pertama dan terus diberi komen oleh para penilai yang terdiri daripada kalangan pelajar dan pensyarah kursus berkenaan. Seperti yang dijangkakan, masalah pengaruh dialek atau loghat itu tetap menjadi teguran. Sebenarnya, masalah ini sentiasa menjadikan sebutan bahasa Melayu baku itu sukar dicapai dalam kalangan kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi tetapi seharusnya tidak menjadi masalah yang serius sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat disampaikan dengan jayanya dan difahamai secara teliti oleh para pelajar. Namun, sebai-baiknya tetap diharap agar masalah dialek dan loghat ini dapt diatasi dengan sebaiknya agar penggunaan bahasa Melayu baku ini tidak dipandang ringan dengan sewenang-wenagnya terutamanya dalam kalangan pendidik kelak.

P/S: Tidak menjadi kesalahan jika kita berusaha untuk berubah tetapi menjadi kesalahan apabila kita berputus asa sebelum mencuba untuk berubah.



26 Januari 2011 (Selasa)

26 Januari 2011 (Selasa)

Setelah melalui kuliah di sebelah pagi dan petang, sebelah malam pula ada lagi agenda seterusnya iaitu ”meeting”. Meeting ini tidaklah bermakna mesyuarat seperti yang diadakan secara rasmi di pajabat mahupun secara formal seperti mesyuarat sesebuah pengurusan industri tetapi hanyalah sekadar perkataan yang telah menjadi sebutan biasa yang digunakan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi iaitu bermakna perjumpaan untuk sesuatu program atau perbincangan ilmiah sahaja.

Mungkin benar perkataan meeting ini merupakan satu perkataan yang kelihatan mudah dan difahami setelah sering kali digunakan apabila para mahasiswa atau mahasiswi ini ingin membuat perbincangan ilmiah bagi menyiapkan tugasab berkumpulan dalam sesebuah kursus. Tambahan pula, meeting telah menjadi perkataan yang mudah sahaja dikeluarkan dari mulut para mahasiswa dan mahasiswi  untuk menyatakan bahawa mereka tengah sibuk untuk perbincangan yang mungkin merupakan mesyuarat kecil untuk sesebuah program atau hanya sekadar perbincangan ilmiah.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa perkataan meeting ini yang merupakan Bahasa Inggeris ini juga telah dianggap sebati dalam diri para mahasiswa yang terlibat dalam sesebuah pengurusan program mahupun perjumpaan bersama ahli kumpulan untuk melaksanakan tugasan bagi memenuhi keperluan kursus.