Sunday, February 27, 2011

27 Januari 2011 (Rabu)

27 Januari 2011 (Rabu)

Pada hari ini, seperti hari-hari biasa pastinya sibuk dengan jadual kelas yang agak padat untuk dihadiri dari pagi sampailah ke petang. Apabila sampainya masa untuk menghadiri kelas di sebelah petang, saya dan kawan-kawan telah sampai awal ke kelas tersebut. Maka, kami pun membantu untuk menyusun meja dan kerusi dalam bilik kulia berkenaan memandangkan sesi pengajaran mikro akan diteruskan dalam kelas pada petang itu. Oleh itu, kami pun mengambil inisiatih untuk menyiapkan kelas tersebut agar proses pengajaran mikro nanti dapat dilaksanakan mengikut masa yang telah dijadualkan oleh pensyarah memandangkan salah seorang rakan sekelas akan berangkat pulang ke Kuching untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Kelas dinulakan sebaik sahaja pensyarah sampai memandangkan rakan kami itu mengejar masa untuk ke lapangan terbang. Maka, bermulalah sesi pengajaran mikro yang pertama dan terus diberi komen oleh para penilai yang terdiri daripada kalangan pelajar dan pensyarah kursus berkenaan. Seperti yang dijangkakan, masalah pengaruh dialek atau loghat itu tetap menjadi teguran. Sebenarnya, masalah ini sentiasa menjadikan sebutan bahasa Melayu baku itu sukar dicapai dalam kalangan kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi tetapi seharusnya tidak menjadi masalah yang serius sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat disampaikan dengan jayanya dan difahamai secara teliti oleh para pelajar. Namun, sebai-baiknya tetap diharap agar masalah dialek dan loghat ini dapt diatasi dengan sebaiknya agar penggunaan bahasa Melayu baku ini tidak dipandang ringan dengan sewenang-wenagnya terutamanya dalam kalangan pendidik kelak.

P/S: Tidak menjadi kesalahan jika kita berusaha untuk berubah tetapi menjadi kesalahan apabila kita berputus asa sebelum mencuba untuk berubah.



No comments:

Post a Comment