Sunday, February 27, 2011

25 Januari 2011 (Isnin)

25 Januari 2011 (Isnin)

Pada pagi yang penuh dengan semangat untuk menghadiri kelas pertama pada hari isnin maka say dan kawan-kawan pun seperti biasa keluar rumah lebih awal untuk mendapatkan bas yang pertama ke Proton City. Sebaik sahaja kami mengambil tempat duduk kami bas, tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi. Pada awal pagi, hati mula tertanya-tanya siapakah yang memberi mesej ini dan apakah isi kandungannya? Tanpa diduga, saya diberitahu oleh rakan lain bahawa kelas pada pagi tersebut telah dibatalkan dengan mesej berbunyi seperti berikut;               

”Kelas pada pagi ini batal sebab kereta pensyarah breakdown masa on the way ke PC..”

Kemudian saya dan kawan-kawan teap meneruskan perjalanan ke Proton City kerana bas telah pun bertolak di saat kami masih memikirkan sama ada balik ke rumah atau pun pergi ke Proton City memadangkan selepas kelas tersebut masih mempunyai kelas yang seterusnya juga bertempat di Proton City.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa walaupun hanya sekadar dalam percakapan harian, Bahasa Inggeris seolah-olah sudah sebati dalam diri masyarakat umum. Ini mungkin disebabkan kadang kala penggunaan kata-kata dalam Bahasa Inggeris yang singkat dan bermakna lebih mudah digunakan untuk menyampaikan makna sesuatu perkara.  Namun, tidak dinafikan Bahasa Melayu masih tetap menjadi bahasa utama yang difahami oleh masyarakat umum atas sebab kesesuaian dengan kaum masyarakat umumnya.








No comments:

Post a Comment