Sunday, February 27, 2011

30 Januari 2011 (Sabtu)

30 Januari 2011 (Sabtu)

Sabtu kembali menjelma iaitu saatnya tiba untuk berkunjung ke pasar malam. Lazimnya, saya dan kawan-kawan akan bergerak ke pasar malam Tanjong Malim ini di sebelah petang kira-kira pukul 5.30 petang memandangkan cuaca akan lebih redup sedikit berbanding pukul 3.00 petang. Semasa menunggu bas, mulalah karenah para pelajar dan rakan seuniversiti saya ni merungut tentang pak cik bas yang adanya kadang kala saya anggap pendiam namun menggunakan bahasa badan atau bahasa tubuh menunjukkan bahawa pak cik itu dalam keadaan yang tidak selesa sekaligus mendatangkan rasa tidak sedap hati dalam diri para pelajar yang menggunakan bas tersebut.

Misalnya, pak cik itu tidak akan marah tetapi bila tidak berpuas hati mukanya akan senyap tanpa senyuman pun diberikan. Kadangkala berlaku keadaan di mana pak cik menggerakkan bas tanpa mempedulikan pelajar tersebut telah mengambil tempat duduk atau pun ruang berdiri yang selesa dalam bas. Maka, bagi saya seharusnya pak cik itu lebih mesra denga pelajar. Walaupun tidak suka berbicara, namun dia juga boleh menggunakan bahasa badan atau isyarat yang lebih sopan misalnya dengan memberikan senyuman. Bak kata orang, senyuman itu kan sedekah. Jadi diharap pak cik akan lebih mesra pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment