18 JANUARI 2011 (SELASA)
Dimulakan dengan pagi yang ceria dan semangat yang kuat gara-gara hari ni hanya ada dua kelas sahaja. Pada awal kelas pertama hari ini, pensyarah mula memberikan amaran kepada pelajar yang suka datang lewat. Mulalah mendengar keluhan pelajar yang berbunyi sedemikian... ” habislah lepas ni..tak leh lewat dah..”. Namun bagi diriku dan kawan-kawan ku hanya mampu tergelak kerana sejak bermulanya semester baru ini, bagi diri kami masing-masing sebenarnya semester ini kami merupakan pelajar yang datang awal setiap pagi. Maka, apabila pensyarah memberikan amaran dan inilah kata-kata kami, ”Nasib baik kita datang awal...heheheee....”. Begitulah karenah hidup sebagai pelajar. Semestinya ada yang bergembira walau dalam keluhan sekalipun.
***P/ S: Datanglah ke kelas seawal yang mungkin agar selamat dan tidak kelam kabut.
(Walaupun kadang kala bukanlah kehendak kita tetapi hanya yang mengalami akan mengetahui maka, redhalah...kawan-kawanku..)
No comments:
Post a Comment