Saturday, January 22, 2011

SEKILAS PANDANG tentang DIRIKU

Salam Pertemuan..

Buat rakan-rakan yang sudah mengenali mahupun yang baru sahaja ingin mengenali diri ini, dekat-dekatkanlah hati dan rapat-rapatkanlah hubungan agar perkenalan ini menjadi titik pertemuan yang bermakna dalam sejarah hidup kita bersama melalaui blog yang dibina khas sejak mengambil kursus SOSIOLINGUISTIK MELAYU yang turut menjadi pengalaman pertama saya berinteraksi menggunakan blog yang dicipta khas ini atas permintaan pensyarah bagi kursus ini yang turut menjadi sebahagian daripada tugasan yang harus dilaksanakan sepanjang tempoh menempuh kursus ini. Diharap blog ini akan mampu terus dipertingkatkan dan tidak hanya terbatas dek kerana kursus sahaja. Teruskan penerokaan tentang diri ini..

Saya merupakan gadis kacukan Cina-Kelabit berasal daripada Kuching,Sarawak.Merupakan anak kedua daripada emapt orang adik-beradik. Pasti ramai yang tidak mengatahui diri ini mempunyai darah kacukan bukan? Ini merupakan satu kebanggaan dalam diri saya dan saya amat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang begitu "luar biasa" saya anggap. Jika ditanya apa hasrat di hati? Maka jawabnya jika dalam usia 23 tahun ini, sememangnya mengejar cita-cita merupakan hasrat yang paling utama dan inilah yang menjadi matlamat nak perantau ini menimba ilmu di rantau orang. Berberkalkan hasrat dan dorongan daripada kedua ibu bapa yang sentiasa risau akan anak gadis yang berada jauh daripada keluarga, maka semangat perjuangan itu haruslah lebih kuat lagi. Moga segalanya dipermudahkan.

Aspek pendidkan, jika ditanya menagapa mengambil jurusan Pendidikan Bahasa Melayu sedangkan berbangsa Cina? Inilah jawabnya...sebenarnya tidak pernah terlintas bakal bergelar cikgu Bahasa Meayu. Namun, sepanjang sesi persekolahan lagi Bahasa Melayu seumpama telah menjadi subjek yang saya minati walaupun ramai kawan-kawan yang serumpun dengan saya mengganggapnya sebagai "killer subject". Mungkin inilah rezeki saya bergelar gadis kacukan yang juga memenag terbina asas ilmu pendidikan dari bangku sekolah lagi apabila zaman persekolahan saya sememangnya bermula dari Sekolah Kebangsaan lagi dan bukannya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina walaupun berbangsa Cina. Maka ini adalah satu bonus kepada saya. Sehubungan itu, saya amat berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sememanganya mendidik saya tanpa unsur diskriminasi terhadap bahasa dan itu jugalah bahasa yang dipraktikan di rumah iaitu penggunaan bahasa yang pelbagai dalam komunikasi harian dalam keluarga saya.


UMPAMA KATA-KATA  di  BAWAH:

Hindarilah diri dari menjadi berpuak-puak dan berpecah-pecah,
Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerjasama antara satu sama lain...



Seharusnya difahami dan diterima dengan terbuka tidak kira bangsa dan agama, bahasa kebangsaan harus dijunjung kerana bahasa pengikat kesatuan bangsa.

SEKIAN..

No comments:

Post a Comment