Friday, March 11, 2011

10 MAC 2011 (Khamis)

10 MAC 2011 (Khamis)

Kemahiran Berkomunikasi...

Pada hari ini, merupakan hari pertama berlangsungannya pembentangan dalam kursus Karya Agung  setelah dua minggu kami doberi cuti untuk mengkaji karya-karya agung yang diminta oleh pensyarah kami untuk dikaji dan dulas secara berkumpulan. Pembentangan yang pertama dimulakan dengan kumpulan yang membentang tentang karya Sejarah Melayu atau dikenali sebagai Sullalatus Salatin.
Para pembentangan kelihatan agak gusar di gementar memandangakan pensyarah kami ini merupakan antara pensyarah yang amat mementingkan penggunaan Bahasa Melayu tinggi ini. Sesungguhnya, walaupun hanya menjadi pendengar dan pencatat sahaja sepanjang sesi pembentangan ini, pensyarah kami banyak menegur tentang penggunaan bahasa. Beliau sama sekali tidak membenarkan pelajar menggunakan perkataan seperti “Ok” dan harus kita sebut sebagai “Baik”. Pembacaan terhadap nama-nama pejuang juga amat ditikberatkan oleh beliau sehinggakan beliau  tegas membetulkan sebutan yang tidak betul yang diujarkan oleh pelajar misalnya nama Demand dan Sultan Mnsor Syah yang kerap kali berlaku kesalahn sebutan di situ. Amatlah penting bagi beliau untuk mengujarkan sesuatu dengan nada dan sebutan yang betul agar bahasa yang diujarkan itu menjadi bahasa yang bermakna dan berkesan di khalayak.

Sama-samalah Kita Memartabatkan Bahasa Melayu....

No comments:

Post a Comment