Friday, March 11, 2011

7 MAC 2011 (ISNIN)

7 MAC 2011 (ISNIN)


KEMESRAAN BAHASA RADIO...


Seawal jam 7.20 pagi pada hari Isnin, saya dan rakan-rakan saya telah mengambil bas untuk menghadiri kuliah di Proton City. Sesungguhnya memulakan kuliah selepas berehat di hujung minggu tetap membuatkan kami berasa keletihan yang mungkin disebabkan rasa malas untuk menghadiri kuliah terutamanya pada hari Isnin ini. Masalah ini ditambah lagi dengan keadaan kuliah yang tidak selesa disebabkan kerosakan penghawa dingin yang menjadikan kelas ini berada dalam keadaan yang agak panas dan ini sememangnya mengganggu tumpuan kami di dalam kelas. Berikutan hal ini, kami berasa amat tidak selesa dengan keadaan ini yang telah berlangsung untuk beberapa minggu. Walaup bagaimanapun, kami tetap meneruskan perjalanan ini walau terdapat rasa keletihan itu. Sehubungan dengan itu, semasa menaiki bas dalam perjalanan ke Proton City, sempat saya mendengar rancangan radio yang dipasang oleh pemandu bas. Melalui rancangann tersebut, pengacara radio telah menggunakan ayat berikut:

                                    ” Kite bako je...kite bako je...”

Ini merupakan ayat yang digunakan dalam filem Hantu Kak Limah balik Rumah.  Namun pendekatan ini digunakan oleh pengacara radio untuk membalas jawapan pendengar yang berbual dengannya di talian untuk menunujukkan unsur gurauan dan kemesraan memandangkan ayat dalam filem ini sememangnya sedang hangat digunakan dalam kalangan masyarakat dalam pertuturan seharian.


No comments:

Post a Comment