Sunday, March 6, 2011

26 FEBRUARI 2011 (Sabtu)

26 FEBRUARI 2011 (Sabtu)

Ragam dan gelagat…

Memadangkan hari ini saya berkesempatan untuk berkunjung ke pesta KAB dab juga pasar malam, dapat diperhatikan terdapat  banyak ragam dan gelagat manusia yang tiada terkata. Setiap orang seolah-olah ingin mencipta identiti diri melalui penggunaan bahasa mahupun corak pemakaian dan pembawaan diri sememangnya pelbagai dalam usaha menonjolkan diri yang berbeza. Misalnya dari aspek penggunaan bahasa, jika dilihat mereka yang kita kenali sebagai golongan yang agak ketinggakan dalam dunia pendidikan, mereka ini gemar menggunakan bahasa yang kedengaram agak rendah tahapnya dengan dicampuradukan dengan penggunaan Bahasa Inggeris seperti dalam ayat ini:

-          Bolehlah bro..cam ne?
-          Leh ke u datang sekarang?i tengah tunggu ni..
-          Lu apa hal beb...lu pikir lu je ada standard kah?

Ayat seperti ini selalu digunakan oleh mereka seolah-olah memberikan kekautan dan keyakinan dalam diri mereka untuk berhadapan dengan khalayak tetapi apabila didengar oleh pengguna bahasa baku ia seolah-olah perosak bahasa dengan penggunaan percampuran bahasa yang menjadikannya sebagai bahasa rojak.

No comments:

Post a Comment