Saturday, March 5, 2011

3 FEBRUARI 2011 (Khamis)

3 FEBRUARI 2011 (Khamis)

            Sekiranya bahasa itu dikatakan indah, mengapa orang sering kali menggunakan bahasa itu untuk menceritakan tentang keburukan seseorang itu walaupun secara terus-terang mahupun secara kiasan. Mungkin disebabkan bahasa yang dianggap indah ini dapat memberikan penggunaan bahasa yang terisrat dengan bahasa kiasan iaitu bahasa yang menggunakan kata-kata yang sedap didengar dan dapat diterima agar orang yang dikritik itu tidaklah menerima kritikan yang melampau sehingga menjatuhkan maruahnya.

            Penutur jati sesuatu bahasa juga dianggap cenderung untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dalam komunikasi mereka terutamanya apabila wujud rasa tidak puas hati terhadap individu yang tidak memahami bahasa penutur jati sesuatu bahasa tersebut. Mereka mungkin beranggapan bahawa ini lebih selamat walaupun kritikan mahupun apa yang kita katakan sebagai aktiviti mengumpat ini sering kali terjadi. Setiap kali atau setiap hari, pasti dapat diperhati aktiviti mrngumpat ini kan berlaku di mana-mana sahaja tidak kira dalam kalangan kaum apa sekalipun yang berbezanya hanya bahasa yang digunakan.

            Dari aspek menggunakan bahasa yang indah ini untuk mengumpat seringkali menggunakan kata-kata kiasan yang seperti memuji seseorang namun sebenarnya bertujuan untuk mengkritiknya. Jika dapat didalami oleh penerima kritikan itu maka berhasillah kritikan yang indah itu. Begitu juga dengan penggunaan bahasa yang sama dalam kalangan masyarakat setempat,  yang berbeza mungkin hanya kritikan itu dilakukan dengan membelakangkan orang yang dikritik yang kita kenali sebagai mengumpat.





No comments:

Post a Comment