Wednesday, March 9, 2011

8 MAC 2011 (SELASA)

8 MAC 2011 (SELASA)

“ BUAT JAHAT JANGAN SEKALI…”

Teringat kembali sewaktu dalam kelas pengajaran makro yang dijalankan setiap hari Rabu dan Khamis ini, pensyarah kami sempat memberikan ulasan berkenaan dengan ayat berikut:

             ” buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...”

Menurut pensyarah kami, beliau sememangnya merupakan seorang yang amat teliti dan dedikasi dalam menjalankan tugasnya. Oleh itu, dalam hal ini saya sememangnya amat menghormati kredibiliti beliau dan semangat beliau dalam menyampaikan ilmu kepada kami. Berdasarkan penerangan beliau yang penuh kesabaran dan setia melayan karenah kami yang kadang kala saya anggap memang melampaui batas sehinggakan menjadi tabiat yang sering menguji kesabaran beliau. Namun beliau tetap tegar menasihati kami dalam tugasan kami yang wajib dilaksanakan.

Berkenaan dengan persoalan tugasan, beliau pernah menegyr mengenai ayat di atas ini. Menurut beliau, penyampaian makan sesuatu ayat haruslah difahami sepenuhnya oleh pelajar dan tidak menimbulkan keraguan. Misalnya dalam ayat di atas, ”buat jahat jangan sekali ”. Ini mungkin menimbulkan keraguan atau penyampaian makna yang tidak tepat dalam penggunaan perkataan ”sekali”, yang mungkin menyebabkan pelajar membuat kesimpulan yang salah iaitu ”buat jahat jangan sekali” tetapi boleh dibuat ”berkali-kali”. Maka seharunya ayat ini berbunyi ”buat jahat jangan sesekali” agar pelajar faham bahawa buat jahat tidak boleh dicuba walau sekali pun.

No comments:

Post a Comment