Sunday, March 6, 2011

16 FEBRUARI 2011 ( Ahad )

16 FEBRUARI 2011 ( Ahad )

Pengamatan…

Hujung minggu yang amat dihargai kerana akhirnya mempunyai masa untuk menghabiskan bacaan novel bagi tugasan yang bertajuk Bukan Atas Kerelaan karya Alias Ismail yang  perlu diselesaikan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Sepanjang sesi pembacaan saya, sememangnya banyak perkara yang bermain dalam kotak fikiran saya. Memadangkan penulis ini menggunakan penulisan epilog di penghujung penceritaan , saya tertanya-tanya juga apakah ini penyelesaian penulisan yang baik? Ini disebabkan saya masih tertanya-tanya lagi kesudahan watak-watak dalam novel ini kerana tidak diperincikan dengan sebaik-baiknya perkembangan di akhir penceritaan.

            Sepanjang mengamati perjalanan cerita novel ini, sempat juga saya meneliti ejaan yang tersilap dieja. Misalnya perkataan “berjerebu” dieja sebagai  “berjerubu”. Kemudian dari sudut ini, toimbul pula persoalan dalam diri, adakah disebabkan wujudnya pengetahuan bahasa yang sedia ada maka saya dapat mengesan kesalahan ejaan ini secara spontan walaupun membaca dengan sekilas pandang. Cara penulisan novel juga sering kali lebih dekat dengan diri pembaca dengan menerapkan sebutan-sebutan atau pembunyian-pembunyian yang lazimnya dibuat oleh penuturnya misalnya, “Ohhh…hmm….hah!”. semua ini dianggap mudah diterima pembacanya kerana serupakan pembunyian yang sering dilakukan dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment