Friday, March 11, 2011

11 MAC 2011 (JUMAAT)

PELBAGAI JENIS EMOSI YANG KADANG JALA SUKAR DIUNGKAP DENGAN KATA-KATA...
11 MAC 2011 (JUMAAT)

Komunikasi Memelihara Hubungan Baik...

Semasa dalam bas dalam perjalanan balik ke kolej dari kampus, saya sememangnya amat penat memikirkan segala masalah yang membelenggu  diri saya. Kadang kala seumpama hidup ini tidaklah bermakna kita berbuat akan dibalas baik juga namun sebagai insan yang telah dididik agar menjadi insan yang beradab dalamsegala tindak tanduk, maka pegangan itu tetap menjadi penduan hidup saya terutamanya nasihat daripada ibu bapa saya. Ibu bapa saya sememangnya amat mentingkan soal adan anak-anak terutamanya apabila berhadapan denga orang yang lebih tua. Namun, tidak dinafikan bahawa ada kalanya kita akan tersepit dalam situasi yang memaksa kita untuk menjaga rasa ego dalam diri. Dapat diperhatikan selama menuntut di sini, banyak perkara yang berlaku dan harus diselesaikan secara peribadi mahupun dengan kawan-kawan. Tetapi bagaimana pula apabila keadaan kawan-kawan sendiri menganggap diri bagai musuh? Pernah juga terlintas menagapa manusia harus realistik dalam setiap perkara? Minta maaf sebagai budaya bermaaf-maafa seolah-olah dianggap menagaku bersalah sehinggakan ada yang lebih sanggup bermusuhan tanpa berbicara. Adakah ini perlu sedangkan tempoh perkenalan tidaklah singkat dan bersama-sama menempuh kehidupan di tempat pengajian hanya berlaku dalam tempoh ini sahaja? Bagi saya, meluahkan kata-kata minta maaf dan berundur dari perbalahan tidak bermakna kita bersalah dan memprotes dengan bermusuhan bukanlah cara terbaik. Jika bahasa dibicara sehalus budi pekerti maka pasti akan terlerai ego yang tidak bereti.

No comments:

Post a Comment