Sunday, March 6, 2011

19 Februari 2011 (Rabu)

19 Februari 2011 (Rabu)

BAHASA PEJABAT…

Sebagaimana yang kita fahami dan ketahui begitu juga dengan perkara yang kita pelajari, bahasa rasmi dalam perhubungan pejabat atau komunikasi pejabat adalah Bahasa Melayu baku. Namun, sepanjang pemerhatian saya kadang kala saya pun tidak tahu sama ada ini dianggap rasionla atau tidak. Apabila berkunjung ke pejabat untuk bertanyakan sesuatu kepada pekerja, setakat ini rasanya seolah-olah tidak mendatangkan lagi penekanan bahasa yang tinggi. Kadang kala perasaan seperti berbual dengan rakan sendiri juga wujud walaupun atas urusan rasmi sekalipun. Jika ditanya secara peribadi, sememanganya saya sendiri akan lebih menyukai keadaan ini kerana lenih mudah untuk berurusan dan juga lebih mesra tanpa menimnulkan perasaan tertekan walaupun hendak berurusan untuk sesuatu perkara yang rasmi. Sebagai sebahagian daripada pengguna Bahasa Melayu ini, sesungguhnya sifat bahasa melayu yang mudah dilentur ini lebih mudah menjadikan bahasa itu mesra digunakan dalam sebarang komunikasi walaupun tidaklah dibakukan sepenuhnya namun aspek kesopanan baahsa dan pemilihan diksi yang sesuai tetap dititikberatkan apabila berurusan secara rasmi.


***Penggunaan Bahasa Melayu baku bermula dari penggunaannya secara sopan dan berhemah secara berperingkat.






            

No comments:

Post a Comment