9 MAC 2011 (Rabu)
Kecelaruan Penggunaan Bahasa…
Berbalik kepada kewajaran penggunaan bahasa ini tidak kira secara lisan atau tulisan ini, banyak berlaku percanggahan hukum penggunaan struktur tatabahasanya walaupun dalam penggunaan bahasa rojak sekalipun perkara ini tetap menunjukkan kekeliruan makna dalam bahasa yang digunakan. Tidak kira kita sedar atau tidak, penggunaan perkataan yang menjadi kebiasaan kepada kita ini banyak mempengaruhi kebiasaan pertuturan kita sehingga kepada penucapan lisan dan tulisan kita dalam keadaan sedar atau pun tidak. Misalnya, perkataan atau penggunaan bahasa yang berikut;
- Try..cuba …
- Suka main game…
- Nak guna internet..online…
Berpandukan contoh di aatas, merupakan persoalan yang timbul dalam diri saya apabila salah seorang pensyarah mengingatkan pelajar supaya tidak mnggunakan ayat “main game…” tersebut. Ayat-ayat ini sebenarnya merupakan antara keadaan yang menunujukkan perulangan makan perkataan yang sama dan bezanya hanya dalam bahasa yang digunakan. Persoalannya, mengapa perkara ini berlaku sedangkan dalam keadaan sedar dan skemata yang ada dalam diri kita, kita sedar bahawa perkataan tersebut mempunyai makna yang sama tetapi kita tetap gagal dalam mengawal penggunaan kata-kata tersebut agar tidak digunakan atau dituturkan secara serentak. Adakah mungkin kebiasaan berbahasa itu suatu hari nanti akan membentuk strukrut bahasa yang baru agar lebih mudah lagi dipraktikan oleh masyarakat? Walau bagaimanapun, matlamat memartabatkan Bahasa Melayu itu sendiri haruslah sentiasa menjadi pegangan yang utama.
No comments:
Post a Comment