Sunday, March 6, 2011

17 FEBRUARI 2011 (Isnin)

17 FEBRUARI 2011 (Isnin)

Bahasa Badan…

            Bermulalah kuliah pagi di Proton City dengan rasa malas yang agak menguasai diri pada ketika itu. Namun tetap kuatkan semangat untuk menjalani kuliah pada pagi ini. Maka mulalah kerja menyalin nota yang dipaparkan dalam slaid oleh pensyarah bagi menghilang rasa mengantuk yang menebal dalam diri. Sambil bekerja keras mencatat apa yang perlu, sempat lagi memandang ke sekeliling saya sewaktu dalam kelas. Seperti biasa, terdapt pelbagai ragam manusia apabila pelbagai rasa yang dialami. Memadangkan berada di dalam kelas, maka hanya bahasa badan asahaja yang kelihatan untuk menunjukkan bahawa diri mereka terasa amat mengantuk dan kepenatan mengikuti kuliah. Mulalah tabiat keluar masuk kelas, kemudian ada yang mula bersandar di kerusi dan ada juga yang bermalas-malasan di atas meja. Semuanya ditunjukkan secara spontan tsama ada secara sedar atau tidak. Malah ada segelintirnya yang mula melukis gambar-gambar yang disukai sehinggakan hampir kesemua kertas yang sepatutnya digunakan untuk mencatat nota ini telah penuh dengan gambar-gambar yang kreatif hasil daripada rasa mengantuk dalam diri itu.


***Dapat dikatakan walaupun hadir ke kelas bersama, belajar benda yang sama  dalam kelas yang sama, namun ada juga perkara yang berbeza antara satu sama lain dalam menyampaikan apa yang dirasakan.





No comments:

Post a Comment