Sunday, March 6, 2011

24 FEBRUARI 2011 (Khamis)

24 FEBRUARI 2011 (Khamis)

“JANGAN BERSIKAP SEPERTI ORANG BERPOLITIK…”

 Malam ini, tiba-tiba sahaja saya teringat kembali akan peristiwa semasa menjalankan perjumpaan bersama penyelaras Praktikum serta Penyelaras Kertas Projek dan Ketua Jabatan Fakulti Bahasa dan komunikasi. Sesi dimulakan dengan penerangan daripada penyelaras dan diikuti dengan sesi soal jawab bersama-sama ketiga-tiga jemputan. Apabila masuk ke sesi soal jawab, pelajar mula membuat bising dan bertanya denga  nada yang agak keras kedengaran sehinggalkan diminta oleh Ketua Jabatan agar bersikap lebih rasional dan jangan bersikap seperti orang berpolitik terutamanya pelajar Bahasa Melayu ini. Harus disedari bahawa “Bahasa Itu Cerminan Bangsa”. Sesungguhnya, dapat diperhatikan manusioa sering kali hilang akal logiknya apbila dilanda masalah dan yang bermain di akal fikiran mereka hanyalah persoalan mengapa ini dan mengapa it dan sering kali berbaur rasa tidak adil dalam persoalan mereka itu. Sehinggakan tidak menyedari bahasa yang digunakan turut hilang kesantunan berbahasanya di khalayak. Maka, disarankan agar kita sam-sam menyelesaikan masalah dengan cara berdemokrasi dan bukanlah berpolitik semata-mata.


No comments:

Post a Comment