Sunday, March 6, 2011

21 FEBRUARI 2011 (Sabtu)

21 FEBRUARI 2011 (Sabtu)

Tawar-menawar…

Peristiwa ini berlaku di Pekan Tanjong Malim aiaityu apabila kami berkunjung ke kedai jam tangan memadangkan terdapat promois yang hebat sedang dijalankan oleh kedai berkenaan. Akibat saya denga kawan saya amat berminat dengan jam yang menjadi pilhan masing-masing, maka kami pun bermulalah dengan mencuba jam yang dupilih. Kami dilayan oleh seorang pemuda Cina iaitu pemilik kedai jam tangan berkenaan. Semua jam yang kami cuba akan dikatakan cantik oleh pemuda tersebut. Itulah yang dikatakan sebagai laras bahasa pemujukan yang bertujuan untuk menarik pelanggan bagi melariskan jualan mereka.

            Selesainya aktiviti pilih memilih ini, kami pun bermulalah aktiviti tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah lagi walaupun pihak penjual telah memberikan potongan harga 70 peratus. Namun kami nekad untuk mendapat potongan 5 peratus lagi. Berbekalkan nasihat daripada pensyartah saya bahawa semua masalah pasti akan dapat diselesaikan jika kita dapat membuat rundingan dengan berkesan. Kami pun mulalah memujuk penjual jam tangan berkenaan, pada permulaannya sememangnya sukar tetapi akhirnya kami berhasil. Kami mengatakan kepada penjual itu, “ Kralah murah sikit lagi..lagipun kami beli dua ni..kalau yang itu boleh kira murah yang ini pun mestilah kira murah juga kan..bolehlah..lain kali kami datang lagi beli..sebagai buah tangan bawa balik Sarawak nanti…” bersama senyuman kami berbicara. Akhirnya pumda itu akur dengan permintaan kami.


*** Kata-kata lebih tajam daripada mata pisau... ***

No comments:

Post a Comment