Friday, March 11, 2011

10 MAC 2011 (Khamis)

10 MAC 2011 (Khamis)

Kecantikan Berbahasa itu Keterampilan Sosial...

Mengimbas kembali lagi kata-kata pensyarah yang saya hormati ini, hanya dalam satu kelas sahaja beliau mampu membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan dengan penggunaan bahasa ini. Menurut beliau, dalam setiap sudut pengajaran beliau pasti akan ada kekurangan pelajar yang sering ditegur. Misalnya, pada kali ini, beliau sempat mengaitkan topik Teori Keterampilan Sosial atau dalam Bahasa Inggerisnya iaitu The Social Beauty Theory yang beliau gunakan sebagai gambaran nasihat yang harus diketahui pelajar dalam berbahasa. Beliau mengatakan bahawa penampilan fizikal seseorang itu tidaklah begitu penting sekiranya adab berbicara itu tidak dipelihara dengan baik. Ini bermakna, sebagai insan yang ingin kelihatan indah dari dalam dan luar, secara dalaman dan luarannya budi bahasa itu haruslah dittitik beratkan sepenuhnya agar kita kelihatan seperti insan yang terdidik dengan akhlak yang tinggi bukan sahaja cantik dengan gaya penampilan lauran tetapi cantik ddan kaya dengan budi bahasanya. Misalnya, cerminan individu yang menggunakan Bahasa Melayu dengan tattabahasa yang betul dan tepat menunjukkan seseorang itu merupakan seorang yang berbudi bahasa dan berpendidikan tinggi. Oleh itu, rasa hormat akan timbul tanpa kita perlu memintanya.

No comments:

Post a Comment