11 MAC 2011 (Jumaat)
Bahasa Pertentangan...
Di sini ingin saya katakan terlebih dahuklu bahawa bukanlah bermakna bahasa itu menjadi pertentangan anatara bahasa itu tetapi persoalan yang menjadi pertentangan itu ialah pertuturan manusia yang menjadikan bahasa itu seolah-olah hidup dan mampu memberikan pertikaian terhadap apa yang dituturkan noleh penuturnya. Situasi ini saya peroleh semasa saya menaiki bas dari kampus untuk balik ke kolej. Semasa duduka di dalam bas, terdapat dua orang mahasiswa Sabah ini sedang giat membicarakan tentang ayat yang digunakan oleh mereka dengan rakan mereka yang yang lain. Berikut merupakan dialog yang sempat saya dengar:
Pelajar A: Pagi tadi kawan aku tu kejutkan aku.
Pelajar B: Dah tu?
Pelajar A: Dah tu dia tanya sama aku, “Dah bangun ka ko ni?”. Dah tu
aku jawab la, “Dah bangun, Cuma belum buka mata ja.”
Pelajar B: Tergelak...dengan ayat yang disamapaikan oleh rakannya
itu.
Persoalannya bukanlah bahasa dialek Sabah yang itu, tetapi ayat yang mengatakan dia dah bangun tapi tak buka mata lagi. Sesungguhnya dia ini sengaja menimbulkan kekeliruan makna di situ dengan mewujudkan pertetntanga dalam penggunaan bahasa untuk mengelirukan rakan yang menbangunkannya itu dengan ingin mewujudkan unsur kecindan di situ. Inilah bolehlah dikatakan sebagai mainan bahasa.
No comments:
Post a Comment