Sunday, March 6, 2011

20 FEBRUARI 2011 (Khamis)

20 FEBRUARI 2011 (Khamis)

Pengajaran Makro…

Pengajaran Makro atau yang sering kali dikatakan sebagai macroteaching oleh pelajar-pelajar yang berada di Semester 6 seperti telah sebati penggunaan perkataan tersebut apabila ingin bertanya kepada rakan-rakan mahupun untuk menjawab pertanyaan rakan-rakan mengenai pengajaran macro ini. Persoalannya, penggunaan macroteaching dilihat seumpama tiada apa pun yang menjadi masalah jika digunakan secara meluas oleh setiap individu dalam sesebuah komuniti itu. Masalah timbul hanya apbila dipersoalkan penggunaannya oelh sesetengah invidu. Di sini, dapat dilihat sesuatu bahasa itu akan menjadi sebati jika tiada halangan daripada mana-mana pihak dan jika difahami oleh masyarakatnya. Masalah akan timbul apabila ada pihak yang mula mempertikaikan sesuatu penggunaan bahasa itu sebagaimana yang kita tahu perkataan microteaching tidak digalakkan terutamanya dalam kalangan pelajar yang mengambil program Pendidikan Bahasa Melayu kerana dikhuatiri akan menjadi kebiasaab yang akan terbawa-bawa kea lam pekerjaan nanti.

No comments:

Post a Comment